31 October, 2010

Hantu Main Piano di Kelab Shah Alam?

Kelab Shah Alam. Sebagaimana kebanyakkan pekerja dan juga ahli kelab yang superstitious semua tahu bahawasanya kelab ini sudah berusia 25 tahun lebih dan mempunyai kisah-kisah misteri tersendiri. Tidak begitu menonjol namun cukup menjadi buah mulut untuk staff yang bekerja di sini. Dengan senibina minang kabau dan suasana interior yang agak lama menimbulkan cerita-cerita yang kadang-kadang seronok untuk dikongsi.

Malam nin, Jumaat malam Sabtu, kelab tutup jam 2.00am. Aku lepak kat karaoke lounge dr jam 10.00pm lagi. Okay sudah  start bosan. Aku menyanyi-nyanyi dengan gembiranya. Banyak lagu-lagu mainstream yang aku nyanyi. Sedap pulak tu..(memang TIDAK!) Aku tengok jam tertulis -- 01:50; hati ku terdetik "Oh..main piano best nin..!!" Aku pun dengan bersahaja keluar dan turun ke tingkat bawah.(Woah..bawah dah gelap!!) Haish...nak meneruskan hajat bermain piano tu aku pun pergi lah ke hujung sudut di mana terletaknya piano berkenaan. Suasana sunyi, gelap dan tiada orang. Aku pun duduklah kat piano tu..aku pun mainkan sebuah lagu prelude Confetti, solo band dari Malaysia yang membawa muzik berunsurkan funeral doom. Sedang aku asyik main, tiba-tiba ada 4-5 orang keluar dari pintu utama lobi. Namun ada seorang berhenti dan berpaling kat aku. Aku main dah la mcm haram..dah kenapa nak pandang aku nin..haih..ade gaya mcm hantu ke..Aku teruskan bermain..tidak lama kemudian dorg masuk balik..kali ni dgn pak guard la pulak..sedang aku main tu dlm hati ni berkata..haish..blom pkol 2 lagi..salah ke..yg pak guard tu pon dgn bajet beraninye dtg kat aku.. dan aku pun mendongak dari melihat key piano itu daannn........ pak guard tu tekejot! menggelipit! tgl nak cabot lari je..HAHAHA..lawak rase nak gelak..tp aku thn..jage hati..SAH dorg bajet aku ni dr alam ghaib yela..dgn rambut panjang yg menghurai..main lagu dark plak..lepas die pasti yang aku ni manusia baru lah die coverline buat2 tanya bagai..HAHAHA..yelakan..pak guard ni nmpk berani hanya pada uniform je..kikiki..

apa-apa pun aku ingin mengucapkan selamat bekerja kepada semua pak guard di seluruh negara. sumbangan mereka selalu kita perkecilkan sedangkan mereka banyak juga membantu dalam memastikan keselamatan kita di sesetengah kawasan. yeah...aku nyampah seorang pak guard kt apt. Danau Mas, seksyen 7, Shah Alam sbb everytime aku nak amek Asha kt umah pasti die yg lambat bukak palang..die mesti nak aku bukak tingkap. die mesti buat muka palat..rupenya member aku tu pon nyampah kt die..adela kes sket..

-------------------------------------------------------

Info mengenai Confetti
Info mengenai Kelab Shah Alam