06 November, 2010

Kata-kata yg aku percaya..

 
sekarang nin aku teringat kembali kata-kata ayah..

"dalam apa-apa pun yg kite buat semua bermula dgn NIAT.."

so..dalam hati nin dah terbentuk perilaku kite berdasarkn NIAT ASAL kite..this is magic..

IKHLAS pulak sgt susah nk cerita lah..sbb keikhlasan TIDAK BOLEH ditunjukkn dgn KATA-KATA SAHAJA..

kita boleh merancang sesuatu tu dgn BAIK, melakukannya dgn sungguh terancang, menggunakan kelebihan psikologi dan paras rupa kita utk mencacai hati, jiwa, minda, kalbu malah poket atau isi dompet org lain, tapi aku percaya kalau Dia nak tunjuk keBURUKan, sekelip mata saja. Maha hebat.

Teringat pulak kata-kata kwn aku..masihku simpan mesej dia..

"Arini aku bgn tido aku muhasabah diri aku..'percaya pada jodoh' xde tulis pun dlm AlQuran,xde dlm kamus,xde dlm rukun iman atau islam..tp 'percaya pada qada dan qadar' itu adalah benar dan sahih..itu adalah salah satu rukun iman. Subhanallah.."

sahabatku, kau terlalu cintakan dia. sehingga kau buta utk menilai baik buruk sesuatu yg terjadi. sehebat mana cinta kau kt dia, dia tetap boleh pergi jika itu takdirnya. untunglah kau dah sedar. AKU AKAN SENTIASA INGAT PERKARA INI SAHABAT. TERIMA KASIH.

teringat balik kata-kata ayah bila aku cam susah nak balik rumah dulu..

"MOST PEOPLE THINK WHAT THEY DO IS RIGHT. SO DO WE."

yaa..aku sgt terasa bila dpt ayat-ayat perli mcm nin..ayah aku mmg mendidik aku dgn ayat-ayat spt nin..byk kata-kata perli dsb. yaa..ayat nin sgt best bagi aku..yelah..kau rasa apa yg kau buat skrg adalah betol begitu jugak org lain..tapi sebenarnya tidak lah..takdelah betol sgt pun..kite hanya inginkan kepuasan semata..bukan ketulusan.skrg aku paham dan begitu meluasnya kita boleh menggunakan ayat nin..dlm konteks ape pon..

ada lagi kata-kata ayah yg masih menusuk smpi skrg..terutama yg nin..sesuatu ttg prinsip hidup..

"Dalam apa-apa keputusan atau kerja yg kita nak buat..JANGAN BERTANGGUH DAN JANGAN MENYESAL.."

okay ayah..sgt paham dah ape nin semua..jangan bertangguh -- supaya kita takkan terlepas apa-apa peluang yg hadir di depan kita dan nin mengajar aku ttg menghargai masa..jangan menyesal -- supaya kita takkan menyesal dgn segala apa keputusan yg kita telah buat kerana secara mental dan fizikalnya segala keputusan yg kita buat tadi itu adalah yg terbaik utk masa itu..aku boleh pahamkan dgn bagi satu situasi mcm nin lah..

-- kau jumpa seorang perempuan yg kau suka, kau jgn bertangguh utk mendekati dia, apabila kau tahu betapa 'evil' dirinya jangan bertangguh utk meninggalkannya, dan jangan menyesal krn stp keputusan yg kau dah buat tempoh hari adalah yg terbaik pada masa itu.. DAPAT?

okaylah..aku hanya nk teruskan hidup..haha..teringat lagi kata-kata seorang motivator masa aku pergi kursus bina diri mcmtu lah..masa zaman sekolah dulu..smpi skrg aku ingat..

"Janganlah jadi seperti pokok-pokok di dalam pasu, yang hanya mengharapkan siraman air dan taburan baja, jadilah seperti pokok-pokok di hutan yang berdikari dan berlumba-lumba untuk meneruskan kelangsungan hidup."

the point is -- if you want something,you got to work for it. yelah..sampai bila kau nak jadi mcm tu je..mengharapkan org lain memberi lebih sedangkan kau tak pernah serius utk itu..kau dah boleh-boleh berubah..kau dah besar..kau kena berubah..

aku tak tau kenapa..tp aku nak jugak kongsi sepotong ayat nin:
"Dan janganlah kamu berikan kepada orang-orang bodoh itu akan harta-benda mereka." Surah Nisa, ayat 5