20 November, 2010

serangga pilihan


19 Nov 2010: Macam-macam pengalaman baru.

Yea..rugged,rugged jugak tapi hati mau bersih bero. Kau muda lagi macam-macam boleh buat. Nak senang hidup nanti kena struggle lebihlah time muda nin. Orang pandang tinggi kalau kau senang atas usaha sendiri maksudnya macam meniaga ke ape. Kalau setakat gaji besar tu biasalah. Baguslah jugak. Tapi meniaga ni lagi bagus. Nak cari bisnes takda modal? Aku dah jumpa rahsianya. Dah kata rahsia takdalah aku bitaukan?! Aku pun suka thrill sket. Tak salah nak cuba. Kalau kau rasa kau tak boleh bla ko stop carik benda lain. Selagi bole buat duit mana-mana kau sapu jelah. Tak banyak sket. Kebanyakkan orang bertuah sebab network cantik. Nak networking cantik kenalah pandai cakap. Kalau tak pandai cakap takpa, carik orang yang boleh cakap untuk kau. Apa guna PR kan? Kalau dah banyak kerja kau buat tak payah nak susah-susah kau nak buat sendiri bero, kau dah boleh-boleh hire orang run the business for you. Kau kalau dah bab carik duit takda masalah, anak dara orang boleh dibagi camtu je. Sebab orang percaya kau boleh bagi anak orang makan. Tapi hidup ni biasalah ada turun naik. Kalau time dah turun tu ikat sketlah perut. Persefahaman dan sanggup berkorban. Kalau hidup nak mewah je kahwin dengan orang kaya, anak raja. Tapi hidup tak rocklah. Hidup ni pendek je bero. Kalau nak rasa nak senang rasalah susah dulu. Dalam hidup ni berdampinglah dengan semua orang silap-silap orang tu akan bagi dorongan kat kita. Jangan lokek. Share. Niat tu tetap nombor satu. Keikhlasan. Untuk apa semua ni tetap untuk Dia. Explore banyak benda. One day kau akan nampak peluang kat situ. Jangan malas sangat. Malas sket takpa. Istirahat orang kata. Buatlah sesuatu agar orang akan ingat kita. Sesuatu yang kita tinggalkan untuk dunia. No need to be too formal. Kau buat apa pun biar dengan cara kau. Tapi biar kena tempatlah. Hormati setiap orang. Belajarlah dari sesiapa pun dari mana-manapun. Jangan lupa asal-usul kau. Restu ayah ibu sangat perlu agar segalanya berkat. Jangan terlalu memaksa, jangan tak peduli, jangan bertangguh, jangan menyesal.